Wednesday, April 21, 2010

*Hadiah*

Minyak wangi ini bukan sahaja boleh anda pakai sendiri malah boleh juga dijadikan hadiah buat teman2 dan untuk orang tersayang...

Jika setiap kali datangnya undangan perkahwinan sudah tentu terbit di fikiran kalian apa ye 'hadiah' nak bagi...betul tak..haa..dengan kotak yang cantik dan menarik ini ia memang sesuai sekali dijadikan hadiah bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga..bukan itu sahaja malah sebagai hadiah hari jadi atau pun hadiah utk ulang tahun perkahwinan..

Macamner? sudah dapat idea untuk memberi hadiah apa? sudah semestinya wangian terbaru dari imtiyaaz...tempahlah sekarang...

"Biasakan yang betul dan Betulkan yang biasa"

Friday, March 19, 2010

*Pembayaran*





BANK NO AKAUN NAMA PEMEGANG AKAUN
CIMB Islamic NUR FADZILAH BINTI MD JAMIL
BANK ISLAM NUR FADZILAH BINTI MD JAMIL
MAYBANK AHMAD KAMAL BIN BASARUDDIN


Maklumat Pembayaran

Di sini, saya sediakan 2 kaedah pembayaran bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran dilakukan:

KAEDAH 1
- Deposit Bank:

Apabila anda telah membuat deposit bank, pastikan anda menerima slip deposit tersebut dan menghantarkannya kepada kami melalui email dengan mengimbas (scan) slip tersebut dengan mesin pengimbas (scanner).

KAEDAH 2
- Perbankan Internet:

Jika anda membayar menggunakan perbankan internet (maybank2u). Sila masukkan alamat email akamalum@yahoo.com di bahagian 3rd Party Emel Address. Anda juga digalakkan untuk mengemailkan sendiri butiran transaksi pembayaran anda kepada saya di alamat fadzilah_nur@yahoo.com dengan menyalin (copy) dan menampal (paste) maklumat yang dipaparkan di akhir transaksi tersebut.

Penghantaran minyak wangi anda akan disegerakan sebaik sahaja menerima maklumat pembayaran serta bayaran dari anda.

Terima Kasih.

*Penghantaran*




Maklumat Penghantaran

Semua barangan akan di hantar selepas pembayaran dijelaskan.

Saya membuat penghantaran menggunakan PosLaju (Pos Malaysia). Penghantaran tempahan adalah pada setiap hari Isnin & Khamis. Semua tempahan & pembayaran mesti dibuat sebelum hari Ahad pukul 5 pm (untuk penghantaran hari Isnin) dan sebelum hari Rabu pukul 5 pm (untuk penghantaran hari Khamis).

Tempoh jangka masa penghantaran bergantung kepada lokasi penghantaran.
Bagi tempahan sekitar Bangi penghantaran adalah percuma dan insyaAllah saya sendiri akan menghantarnya. Manakala, untuk kawasan luar Bangi dan negeri-negeri yang berada di Semenanjung Malaysia, proses penghantaran adalah 1 hari waktu bekerja. Bagi negeri Sabah, Sarawak & kawasan pendalaman di Malaysia, proses penghantaran biasanya mengambil masa 2-3 hari.


Kos Penghantaran

Kos penghantaran dikira berdasarkan berat bungkusan, isi kandungannya dan alamat lokasi penghantaran.

#Semenanjung Malaysia: RM 6.00 untuk 500 grams pertama & tambahan RM 4.00 untuk setiap 500 grams berikutnya

#Sabah/ Sarawak: RM 10.00 untuk 500 grams pertama & tambahan RM 5.00 untuk setiap 500 grams berikutnya

Anda akan dimaklumkan melalui pesanan SMS sebaik sahaja barang telah diposkan.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan TERIMA KASIH..

*Bagaimana untuk memilikinya*

Jangan tunggu lagi kerana wangian tidak mencari kita maka kitalah yang mengejarnya..Anda boleh dapatkan minyak wangi ini dengan membuat tempahan di laman blog ini kerana ianya akan sentiasa dikemaskini hampir setiap hari.

Anda juga boleh menghantar email kepada saya di fadzilah_nur@yahoo.com untuk tempahan...


Harap maklum..

*Harga sekotak*

Harga bagi setiap minyak wangi ini adalah RM24.00 (semenanjung) dan RM28.00 (sabah/sarawak).Ia adalah antara yang termurah di pasaran dan amat berpatutan sekali..sesuai sekali dimiliki dan dipakai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu.

Nikmatilah ia sekarang kerana wangian anda inspirasi kami sepanjang hari...

*Minyak Wangi*

Adam, Hawa, Yusuf & Zulaikha, 4 nama agung dalam sejarah Islam. Nama-nama ini diambil sebagai nama untuk Set minyak wangi terbaru keluaran Imtiyaaz Aroma Resources. Minyak wangi ini terbahagi kepada 3 set iaitu Set ADAM utk lelaki, Set HAWA untuk wanita dan Set YUSUF & ZULAIKHA adalah campuran untuk lelaki dan wanita. Setiap set mengandungi 4 botol ‘Roll On’ dan setiap satunya mengandungi haruman yang berbeza dan yang terpilih.

Bauan di dalam setiap set juga adalah yg terpilih dan semua bauan ini merupakan inspirasi dari bauan antarabangsa tetapi diberi nafas baru dengan nama-nama tokoh dalam Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyah, Ar-Razi, Al-Ghazali. Bagi wanita pula nama-nama yang terpilih ialah Balqis, Sumaiyah, Adawiyah, Asiah, Mashitah, dan Maryam. Pemilihan nama-nama ini adalah berdasarkan sumbangan mereka dalam tamadun dan sejarah Islam dan hasrat kami adalah untuk memberi peringatan kepada generasi baru tentang perjuangan mereka kepada Islam supaya tidak dilupai dan juga sebagai sumber inspirasi kepada umat Islam dan juga si pemakainya.

Minyak wangi ini juga adalah bebas dari segala unsur binatang, tidak melekit dan tidak berminyak apabila dipakai, tanpa alkohol dan boleh digunakan semasa bersolat. Bauannya tahan 8-10 jam jika dipakai di badan dan tahan sepanjang hari jika dipakai pada baju.